Thursday 31 May 2012

i'm back! AGaiN!


Salam sayang penuh kasih buat blogku yang dah bersawang sebab dah lama tak update.. hahaha.. nana kembali berblogging! sorry guys.. aku update bila datang mood nak menaip je.. :P by the way.. banyak cerita nak share sebenarnya.. keluh kesah bersama kak esah la katakan ^^

tersebutlah kisahhhhhhh.. toibbbb~ meperek! pffttt~ huh~ lately banyak betul benda terjadi sepanjang kat U ni.. betul lah.. pengalaman mengajar kita.. kat sini aku dah belajar apa erti kenalan, kawan dan teman.. dan kat sini juga aku merasa macam mana rsanya bila di khianati oleh kawan sendiri.. kawan makan kawan.. ape ke sengal.. takde benda lain ke nak makan? kawan sendiri jugak yang nak dijadikan makanan.. ok stop merepek! hehe.. biasa la.. merepek, merapu ni semua memang makanan aku ^^

berbalik kepada cerita.. ape yang nak diceritakan ialah.. aku pun tak ingat dah ==" alamak... ni yang payah bila penyakit nenek2 datang balik..haha.. okey ingat dah! haa pasal kawan makan kawan kan? macam tu la keidupan bila segala jasa kita dilupakan.. dulu janji ukan main, tapi bila dah hidup senang, kawan semasa susah dilupakan sebab ramai kawan2 baru duk membontot~ pfftt~ sakitnya hatiku~~ ohh tak lupa juga kawan yang berkongsi kesakitan bersama, ami azuwan~

sorang lagi kawan masalah bila tibe2 jadi mysterious! diam tak bersebab.. tiba2 mewujudkan tembok besar china antara kitorang.. dari kawan yang rapat terus bertukar menjadi orang asing yang langsung tak nak bersua muka.. acane tu? apo salah den ngan ami? mu hok benci sangat ngan kami ni? apokejdahnye ekau ni? tanya sepuluh patah, sepatah je ekau jawab? nak kena patah2kan ke tulang ekau tu? eeee sakitnya hati~~

datang pula seorang jejaka menghulur salam kenalan..aku pun takdelah sombong sangat nak menolak kan.. orang dah say HI~ aku balas lah balik dengan riang ria hari raya.. yela..orang dah nak berkawan.. tak kan nak tolak.. tuppp tupp~ putus di tengah jalan.. sebab? salah aku kot.. sebab dia kata tak nak layan aku dah sebab tak nak hubungan dia ngan kawan dia keruh.. okey fine..aku tengah molek2 rushing n stress n tension n ngantuk buat assignment tibe2 dapat mesej tu, terus short satu wayar otak aku.. mana tak panas kan? aku bukan senang nak marah, so bila aku dah marah, memang payah sikit la nak cool kan balik.. kalau kena caraa baru senang.. KOT :P

tapi takpe lah.. aku tau aku ni bukan sesiapa.. datang tak bertambah, pergi tak berkurang.. lumrah hidup lah kan ^^ aku terima dengan redha~ 


#ehh stressnye tak tau nak post entry macam mane ==

No comments: